Belajar Adobe Photoshop CS6

Dalam photoshop CS6 terdapat banyak penambahan benda baru yang boleh kita pelajari, dari segi interface ia juga mempunyai perbezaan dengan photoshop CS5 dan juga dari segi tool juga terdapat penambahan yang baru.

photoshop_cs6_retina_video

  • Untuk mengubah paparan pada Photoshop CS6 ini anda perlu menekan Shift+F1 (untuk memberikan warna lebih gelap pada paparan dan Shift+ F2 untuk memberikan warna lebih terang pada paparan photoshop CS6.
  • ¬†Anda juga dapat memilih warna paparan di dalam menu Preferences,(Menu Edit / Preferences / Interface) disana anda akan mendapati pengaturan melalui cara manual, dan anda dapat memilih warna paparan yang anda suka.
  • Seringakali di saat kita sedang memulakan sesuatu pekerjaan dalam perisian Photoshop, kadang-kadang kita mengalami masalah di saat kita sedang membuat editing, tiba-tiba program tersebut menjadi Crash atau eror sehingga apa yang sudah kita buat menjadi hilang dan tidak tersimpan, tetapi dalam Photoshop CS6 anda dapat melakukan setting untuk membuat Photoshop CS6 ini dapat menyimpan secara automatik setiap 5 atau hingga 60 minit. Dengan ini anda dapat menemukan kembali proses editing yang telah anda buat sebelum program photoshop CS6 ini mengalami masalah.
  • ¬†Selain itu juga, kelebihan dari Photoshop CS6 ini ia dapat menyimpan file sebesar manapun secara automatik dalam waktu yang sama di saat anda sedang membuat kerja, tanpa mengangu editing anda sedikit pun kerana ada sebuah Bar yang muncul di saat Photoshop akan menyimpan suatu File yang sangat besar itu.
  • Kita selalu membuang masa hanya disebabkan kita mencari sebuah layer yang kita inginkan, tanpa kita sedari layer yang ada sudah menjadi banyak, sehingga kita menjadi keliru.Tapi dalam Photoshop CS6 ini anda tidak perlu lagi risau kerana anda boleh mengaktifkan Filtering off, anda hanya perlu menekan di bahagian atas kanan palet. Ini akan memudahkan anda untuk mencari layer yang anda kehendaki tanpa membuang masa yang agak lama.
  • Dalam Photoshop CS6 juga mengalami beberapa penambahan dan pembaikan sehingga anda dapat mengedit beberapa Layer pada suatu masa. Contohnya anda dapat menekan Ctrl + J untuk duplicate beberapa layer hotkey. Anda juga dapat membuat mode blending, modepenguncian, Opacity dan memberikan label warna pada setiap layer bila anda inginkan perbezaan warna agar memudahkan kerja editing.
  • Sebelum ini, terdapat ramai pengguna photoshop tidak tahu kenapa Toolmagic wand tidak dapat berfungsi seperti yang mereka inginkan, disebabkan masih ada tanda apabila anda mengubah pengaturan ukuran sampel pada tools anda sehingga kita tidak dapat mengubah ukuran Magic Wand Tool, dalam hal ini PhotashopCS6 sudah memperbaiki masalah tool ini sehingga anda dapat menemukan beberapa contoh ukuran yang ada pada Option Bar Magic Wand.1.1Quick-Selection-Tool
  • Dalam Photoshop CS6 untuk mengedit wajah dan warna kulit sudah menjadi lebih baik, hanya dengan mengatur mode untuk kulit berwarna itu sudah dapat mengedit wajah dari kulit tersebut.
  • Seterusnya, Crop di Photoshop CS6 ini memang sedikit membingungkan ketika anda pertama kali menggunakannya. Adobe mengambil alat Crop lightroom dan memasukannya ke dalam Photoshop CS6. Pertamanya, secara automatik anda akan di berikan pilihan dan anda hanya perlu memilih alat Crop mana yang harus anda gunakan sesuai dengan keperluan editing anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>